.::AHLAN WA SAHLAN::.

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."

( surah al-Baqarah : 168 )

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Wednesday, December 30, 2009

Perniagaan Daripada Sudut Perspektif ISLAM

MENUJU puncak bermaksud menuju cita-cita tertinggi. Seorang Muslim cita-cita tertingginya ialah mencapai keredhaan Allah SWT. Jika peniaga, dia ingin menjadi peniaga yang diredhai Allah, bukannya hanya mengejar kekayaan duniawi tetapi, akan tetapi mengejar pahala dan ganjaran dari Allah melalui khidmat dan barangan yang ditawarkan kepada manusia dan juga melalui kekayaan yang diraih yang nantinya diinfakkan ke jalan Allah. Cita-citanya tidak lain ialah untuk mencapai kedudukan peniaga yang disifatkan Rasulullah SAW:

Peniaga yang jujur lagi amanah akan bersama para Nabi, para Siddiqin dan para Syuhada di akhirat

(Riwayat Imam at-Tarmizi dan al-Hakim dari Abu Sa'id r.a.-hadis ini Hasan)

Renungan

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Di dunia ini ada empat jenis manusia:

1. Seorang hamba yang dikurniakan Allah harta dan ilmu, lalu dengan harta dan ilmu itu ia bertakwa kepada Allah, ia menghubungkan silaturahim dan menunaikan hak/kewajipan yang sewajarnya kepada Allah. Ini adalah sebaik-baiknya kedudukan hamba.

2. Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu, tetapi tidak dikurniakan harta, lalu ia menanamkan cita-cita yang baik di dalam hatinya; Jika aku diberi harta maka aku akan lakukan sebagaimana si fulan (yang melakukan kebaikan dengan hartanya). Orang ini akan diganjari dengan niat baiknya dan kedudukannya, dan orang contohnya adalah sama di akhirat.

3. Seorang hamba yang dikurniakan Allah harta tetapi tidak diberikan ilmu, maka ia belanjakan hartanya tanpa ilmu; ia tidak bertakwa kepada Allah; ia tidak menghubungkan silaturahim dan ia mengabaikan hak Allah. Ini adalah seburuk-buruk kedudukan hamba.

4. Seorang hamba yang tidak dikurniakan harta dan juga ilmu, lalu ia berkata di dalam hatinya: "Jika aku diberikan harta nescaya aku akan melakukan sebagai si fulan (yang melakukan kejahatan dengan hartanya)." Orang ini akan dibalasi dengan niat dan kedudukannya, dengan orang yang menjadi contohnya adalah sama di akhirat.
(Riwayat Imam Ahmad dan at-Tarmizi dari Abi Kabsyah al-Anmari)

Kenapa Perniagaan?

Ada bermacam-macam punca rezeki di atas muka bumi hari ini, namun kenapa perniagaan yang kita pilih?

Pertama: Perniagaan adalah sumber rezeki yang diredhai Allah. "Hai orang- orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisa': 29)

Kedua: Perniagaan adalah pekerjaaan terbaik selepas pembuatan/pengeluaran. Nabi SAW pernah ditanya: "Apakah pekerjaan yang paling baik di sisi Allah? Baginda menjawab: "Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual-beli/perniagaan yang mabrur (yang diredhai Allah)." (Riwayat Imam Ahmad dan at-Thabrani daripada Abu Burdah r.a)

Dalam hadis di atas, Nabi SAW menyebutkan dua pekerjaan terbaik:
1. Hasil tangan sendiri (pembuatan / pengeluaran)
2. Perniagaan yang diredhai Allah

Ketiga: Perniagaan merangkumi 9/10 punca rezeki. Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan." (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na'im ibn Abdurrahman)

Keempat: Perniagaan adalah bidang yang pernah diceburi oleh Nabi SAW dan beberapa sahabat besar. Ketika berusia sembilan tahun, Nabi Muhammad SAW telah dibawa bapa saudaranya, Abu Thalib bersama rombongan perniagaan ke Syam. Kemudian ketika baginda berusia 20-an, baginda keluar sekali ke Syam. Kali ini bukan hanya sebagai peserta rombongan perniagaan, tetapi sebagai pengurus perniagaan. Baginda menguruskan perniagaan milik Khadijah dengan dibantu oleh Maisarah, iaitu hamba milik Khadijah.

Di kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW tidak kurang ramai yang terbabit dengan perniagaan, terutamanya dari kelompok Muhajirin. Antara mereka ialah:
1. Saidina Abu Bakar
2. Saidina Uthman ibn 'Affan
3. Saidina Umar al-Khattab
4. Zaid bin Arqam
5. ThalhahbinUbaidillah
6. Abdurrahman Ibn 'Auf dan banyak lagi.

Abdurrahman Bin Auf.

Di kalangan sahabat Nabi Muhammad SAW, orang yang paling menyerlah dalam dunia perniagaan ialah Abdurrahman Bin Auf dari kelompok Muhajirin. la berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala hartanya di Mekah. Diceritakan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Abdrurahman tatkala sampai di Madinah semasa peristiwa Hijrah, beliau dipersaudarakan oleh Rasulullah SAW dengan seorang Ansar bernama Sa'ad Ibn Rabi' al-Ansari r.a. Sa'ad merupakan seorang kaya di Madinah. Maka ia berkata kepada Abdurrahman: "Aku adalah orang yang paling banyak harta di Madinah ini. Ambillah dari hartaku mana- mana yang kamu suka." Abdurrahman membalas; "Terima kasih sajalah atas tawaran kamu itu. Semoga Allah memberkati harta dan ahli keluarga kamu. Aku keberatan menerima tawaran kamu itu. Cuma tunjukkan kepadaku di mana pasar". Lalu ditunjukkan. Di pasar Madinah itulah, Abdurrahman menjalankan perniagaan dengan tekun dan dari sehari ke sehari hartanya semakin bertambah sehingga ia menjadi antara orang yang paling kaya di Madinah. Semua hartanya adalah hasil dari perniagaan. Pernah suatu hari Abdurrahman datang bertemu Rasulullah dengan membawa wang 4 ribu dirham. Dia berkata kepada baginda:"Ya Rasulullah, aku memiliki 8 ribu dirham. Aku simpan untukku dan keluargaku 4 ribu dirham dan 4 ribu dirham lagi aku ingin infakkan kepada Tuhanku. Lalu Rasulullah berkata kepadanya: "Allah memberkati harta yang kamu simpan dan juga harta yang kamu infakkan." Itulah Abdurrahman yang asalnya adalah miskin dan pendatang, namun dengan ketekunannya menjalankan perniagaan telah berjaya menjadi seorang yang kaya dan dermawan. Maka selayaknya Abdurrahman diambil sebagai contoh bagi para Muslim yang ingin berjaya di dalam perniagaan.

Monday, December 28, 2009

INFO: PANADOL MERBAHAYA???


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.




Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Saturday, December 26, 2009

PAKSAAN ABANG, MERINTIS SYED AGEEL MENCIPTA KEJAYAAN


menganggap semua syarikat yang menjalankan perniagaan secara Multi Level Marketing (MLM) adalah sama sahaja. Walaupun menjual produk yang berbeza, namun sistemnya tetap sama. Yang menaja (upline) pasti akan kaya. Yang ditaja (downline) selamanya akan menjadi mangsa kepada penaja.
Itulah anggapan awal PJS Syed Ageel ketika beliau mula-mula diperkenalkan HPA oleh abang kandungnya sendiri, di sebuah restoran Nasi Kandar di Butterworth. Abangnya, Syed Salahudin adalah seorang peguam syarie yang mempuyai firma guamannya sendiri di Butterworth. Terdetik di sudut hati kecilnya yang menganggap mengapakah abang kandungnya sanggup menipu dan mempergunakannya sebagai ‘downline’ semata-mata mencari keuntungan lumayan melalui perniagaan ini.Maklumlah pada waktu itu beliau berjawatan tinggi sebagai eksekutif kanan audit dalaman di Penang Port Sdn Bhd. Anak muda lulusan Perakaunan ini menerima HPA dengan berat hati atas paksaan abangnya. Pada peringkat awal, beliau memasuki HPA bukan atas kesedaran dan benar-benar menjiwai perjuangan HPA.
Setelah menyertai HPA pada Ogos 2006, PJS Syed Ageel telah hadir kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA pada November 2006. Dari kursus itu barulah beliau menyedari bahawa MLM HPA tidak sama dengan MLM dari syarikat-syarikat lain yang pernah diketahuinya. Ada penekanan kepada konsep syariah dan menepati kehendak dan tuntutan perniagaan secara Islam.
Jutawan muda hasil keluaran PBC ini benar-benar menjiwai dan menghayati perjuangan HPA setelah hadir kursus tersebut. Hati beliau tersentuh setelah mendengar ceramah dan cerita-cerita perjuangan dalam HPA yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang telah lama berkecimpung di dalam HPA. “Atas Dasar Tanggungjawab Bersama, Memikul Amanah Allah dan Tuntutan Fardu Kifayah, Maka Ini Satu Perjuangan”. Ungkapan itu sering mengantui jiwa dan fikirannya. Dia mula berfkir betapa murninya perjuangan ini.
Akhirnya PJS Syed Ageel mula mengatur langkah memperkenalkan HPA kepada keluarganya, rakan-rakan sepejabatnya, sahabat handai jauh dan dekat, juga kepada sesiapa sahaja yang dijumpai dan ditemuinya. Perasaan malu, segan, rendah diri, takut dan segala jenis sifat negatif dibuangnya jauh-jauh. Tekad dan azam terus ditanam bagi memastikan perjuangan untuk memartabatkan HPA terlaksana. Yang pasti tiap-tiap rumah umat Islam mesti ada barangan HPA. Kesedaran terhadap penggunaan barangan yang ada unsur syubahah dan haram perlu dilakukan segera. Jiwa dan minda umat Islam perlu dibetulkan dengan segera.
Tanggal Mac 2007, PJS Syed Ageel meletakkan jawatannya dengan Penang Port Sdn Bhd. Pelbagai reaksi negatif diterimanya sama ada dari rakan taulan dan saudara mara akibat perletakan jawatan itu. Namun beliau percaya rezeki Allah ada di mana-mana dan yakin dengan ayat yang sering diutarakan kepada jaringannya “Allah Memberi Mengikut Prasangka Hambanya”, “You do the same, you get the same” & “When there is a will, there is a way”.

Dia bersama isteri tercinta PJS Suhaiza Rusli mula mengorak langkah lebih jauh. Medan perjuangannya bukan lagi di sekitar Pulau Pinang dan Sungai Petani, malah sudah menjangkau ke Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan juga menyeberangi Selat Melaka ke Medan dan Palembang di Indonesia.
Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan beliau, walaupun baru 20 bulan menyertai HPA, beliau telah berjaya meraih pendapatan lebih RM15 ribu sebulan. Nasihat beliau kepada seluruh masyarakat Islam Malaysia agar segeralah menyertai HPA. Rugilah kepada sesiapa yang tidak mengenali HPA ataupun meninggalkan HPA. Baginya, bersama HPA adalah suatu jihad ekonomi untuk membangunkan ummah. Jika tidak sekarang, bila? Jika tidak kita, siapa lagi yang akan memartabatkan ekonomi ummah ini.
Ends…

Thursday, December 24, 2009

PEMBAKAR SEMANGATKU UNTUK BERJUANG!..


USTAZ ZAHIR GHAZALI

Kemelesetan ekonomi bukan faktor utama yang dijadikan asalan untuk tidak bekerja. Ramai yang beranggapan bahawa jika tidak bekerja dengan kerajaan atau swasta sudah dianggap menganggur. Bekerja sendiri juga dianggap bukan bekerja, tetapi masih menganggur walaupun mempunyai pendapatan sendiri. Mempunyai segulung ijazah dianggap tidak bermakna jika tidak bekerja makan gaji. Inilah mentaliti yang ada kepada sesetengah masyarakat kita suatu ketika dulu, terutama di kawasan luar bandar.
Pengalaman inilah yang ingin dikongsi bersama kita oleh Pengarah Jati Setia (PJS) Mohd Zahir Ghazali, terkenal dengan panggilan Ustaz Zahir. Anak muda dari Bukit Selambau Kedah ini mula berjinak-jinak dengan HPA ketika masih menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir lagi. Pada tahun 1998, ketika pulang bercuti ke kampung, beliau diperkenalkan HPA oleh bapa saudaranya, Cikgu Ungku Aznan (Cikgu Nan). Pada mulanya Ustaz Zahir tidak mahu terlibat dengan HPA dengan alasan tak pandai bisnes. Lagi pun dia amat buta dengan perniagaan secara MLM. Sepanjang hidupnya, Ustaz Zahir hanya berniaga barang-barang perhiasan dan pakaian yang dibawanya pulang dari Mesir sebagai sumber pendapatan untuk belajar di sana. Itu pun bukannya selalu. Setahun sekali sahaja, itu pun jika pulang ke kampung.


Bersama sahabat seperjuangan di bumi Mesir

Cikgu Nan (sekarang Pengetua SMK Kulim Hi-Tech) melihat potensi Ustaz Zahir sebagai seorang anak muda yang bakal mencipta kejayaan besar dari cara dan gaya kepimpinannya dalam keluarga. Walau pun ketika itu Ustaz Zahir baru berusia sekitar 25 tahun, namun dia sentiasa mejadi rujukan dalam keluarga. Pandangan dan pendapatnya sangat dihormati dan diambilkira dalam membuat apa-apa keputusan. Lagi pun Ustaz Zahir adalah antara pemimpin pelajar yang bergerak aktif dalam Persatuan Pelajar Melayu di Bandar Damanhur, Mesir.


Kumpulan pemimpin HPA pertama di Mesir bersama Pengarah Urusan

Ustaz Zahir bersama HPA pun setelah benar-benar bosan dengan ajakan dan pelawaan Cikgu Nan yang datang ke rumahnya tanpa jemu-jemu. Dalam sehari entah berpuluh-puluh kali Cikgu Nan menelefon Ustaz Zahir dengan mengajaknya bersama berjuang dalam HPA. Akhirnya pujukan dan rayuan Cikgu Nan berjaya juga. Ustaz Zahir mengambil keputusan mendaftar sebagai ahli HPA pada bulan September 1998.

Setelah dibawa bertemu Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad, semangat Ustaz Zahir makin berkobar-kobar. Semangatnya makin memuncak setelah melihat watak dan peribadi sebenar Pengarah Urusan. Bisikan bahawa HPA adalah suatu perjuangan ummah sentiasa meniti di bibirnya. Beliau brtekad untuk menjadikan HPA pekerjaan sepenuh masa apabila tamat pengajiannya nanti. Atas dasar itulah Ustaz Zahir bertindak menghimpunkan hampir 400 pelajar Malaysia di Mesir sekitar tahun 1999. Pengarah Urusan dan beberapa pemimpin HPA hadir memberi penerangan serta taklimat HPA kepada penuntut-penuntut Malaysia di sana. Kebetulan waktu itu, ramai pemimpin HPA dalam rangka lawatan ke bumi anbiya dan mengerjakan umrah. Antara pemimpin-pemimpin HPA yang lahir hasil dari program yang dianjurkan di Universiti Al-Azhar itu ialah Ustaz Ramizu (Kelantan), Ustaz Jamaluddin Jusoh (Terengganu), Ustazah Siham dan Ustaz Zambri (Kulim), Ustaz Zaidi (Pendang), Ustaz Syamizam (Kulim) dan beberapa nama lagi yang sedang meningkat naik di seluruh negara.


Kehebatan PJS Mohd Zahir Ghazali terserlah setelah tamat pengajian dan pulang ke tanah air. Beliau bertekad untuk bekerja sendiri. Tidak mahu kerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Hati dan jiwanya adalah untuk perjuangan Islam. HPA menjadi medan perjuangan untuk menegakkan ekonomi ummah. Ustaz Zahir mula bergerak dengan menghimpunkan semula sahabat-sahabatnya yang pulang ke tanah air. Beliau membina semula rangkaiannya yang berselerak di seluruh negara. Kegigihan yang ditunjukkannya menyebabkan Ustaz Zahir jarang berada di rumah. Dia merantau ke seluruh negara bertemu sahabat-sahabatnya. Dia juga mengatur rombongan dari jaringannya melawat kompleks HPA dan kilang-kilang HPA di Perlis. Banyak masa dan wang ringgit dikorbankan dan dilaburkan dalam membina jaringan tersebut.
Keadaan ini berlarutan hampir 5 tahun. Ustaz Zahir tetap cekal dan tabah dalam menghadapi dan mengaharungi perjuangan ini. Dia sendiri yang mengatur program untuk rangkaiannya. Waktu itu kelas-kelas mingguan tidak banyak. Kalau ada pun sebulan sekali sahaja, tapi tidak di semua tempat. Cawangan HPA pun tak banyak. Di utara cuma ada 3 sahaja (Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang). Roh jihad dan semangat Islam yang tinggi ditanam kepada rangkaiannya. Akhirnya dalam tempoh tersebut ada rangkaian Ustaz Zahir yang sudah mampu bergerak dan berjuang dalam rangkaian masing-masing.


PJS Mohd Zahir tidak pernah duduk diam. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan keluar bertemu masyarakat setempat sama ada jauh dan dekat. Hampir semua ahli keluarganya menjadi ahli HPA dan bergerak aktif bersama-samanya. Beliau akan memperkatakan tentang HPA dan produk halal lagi baik di mana sahaja, sama ada dalam kuliah-kuliah ilmu dan juga program-program masyarakat. Kehebatannya menyampaikan kuliah dan ceramah-ceramah agama di masjid dan surau dijadikannya peluang untuk mengajak masyarakat menggunakan produk halal HPA.

Apabila Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dilancarkan pada Disember 2005, Ustaz Zahir mengambil kesempatan ini untuk memantapkan jaringan di bawahnya. Beliau mengemudi Kelab Pemimpin Utara (KPU) dengan jayanya. KPU bergerak aktif dan pelbagai program dirancang. PJS Mohd Zahir Ghazali adalah orang yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur aktiviti-aktiviti KPU. Program Generasi 1 (Gen-1) adalah cetusan dari buah fikirannya. Dari Gen-1, sekarang sudah lahir Gen-5 . Dalam catatan dan data yang ada, seramai 8000 pengedar telah berjaya dibina dan dibimbing melalui Kursus Kepimpinan KPU.


PJS Mohd Zahir juga diamanahkan sebagai Pengarah PBC bagi KPU. Keupayaannya menyusun dan mengatur program serta aktiviti menyebabkan di utara sahaja terdapat 12 PBC setiap bulan. Menjelang 2010, KPU mensasarkan PBC diadakan sebanyak 30 kali dalam sebulan dengan 300 orang fasilitator dan 100 PJS. Kelas-kelas mingguan berjalan seperti biasa setiap minggu di semua cawangan HPA di utara. Semua PJS KPU terlibat mengisi kelas-kelas mingguan. Kursus-kursus Kepimpinan tetap diteruskan. Sehingga kini KPU berjaya melahirkan hampir 200 fasilitator yang ditugaskan di setiap PBC sekitar utara.

PJS Mohd Zahir adalah tokoh pemimpin HPA yang amat disegani di utara. Beliau banyak menerima anugerah daripada HPA. Pada tahun 2007 beliau telah disytiharkan sebagai “Distributor of The Year – (DOTY)”. Juga menjadi Top 10 HPA sejak 2004,2005,2006 dan 2007. Selain itu beliau juga menerima anugerah mengerjakan umrah dan pelancongan ke Mesir, Korea, Iran dan juga Asia Oceania. Dengan pendapatannya 5 angka sebulan menjadikan beliau antara yang menerima bonus tertinggi HPA. Kini, PJS Mohd Zahir Ghazali sudah mampu mempunyai rumah sendiri dan stokis daerah yang tersergam indah di Bandar Legenda Heights.


Seperti PJS lain, Ustaz Zahir juga tidak dapat melupakan peristiwa bagaimana HPA menerima tamparan hebat sekitar 2002. Penghijrahan keluar beramai-ramai pemimpin HPA kepada syarikat lain dan meninggalkan perjuangan HPA. Ustaz Zahir begitu hiba kerana sebelum ini pemimpin itu telah berikrar akan berjuang dan istiqamah dengan HPA. Tetapi merekalah orang yang telah mengkhianati dan meninggalkan perjuangan ini kerana matlamat mereka sebenarnya tidak sama dengan perjuangan HPA walau pun mereka mengaku memahami perjuangan HPA.





Pelbagai fitnah, maki hamun, cacian dilemparkan kepada HPA dan pemimpin-pemimpin yang ada dengan tujuan untuk memusnahkan HPA. Ahli-ahli HPA dihasut dengan pelbagai cara. Ustaz Zahir sendiri menjadi sasaran dan bahan cacian di kalangan segelintir mereka. Namun beliau tetap sabar dan sama sekali tidak meninggalkan HPA. Sekarang terbukti bahawa HPA berada di landasannya yang betul. Mereka yang menghina, mencaci dan memfitnah HPA tidak juga ke mana. Walau bagaimana pun Ustaz Zahir melahirkan rasa syukur kerana ada segelintir daripada pemimpin itu telah kembali semula kepada HPA setelah gagal dan kecewa dengan syarikat yang mereka ceburi.
Apa pun yang berlaku, PJS Mohd Zahir tetap yakin bahawa rezeki di tangan Allah. Barangsiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya. Tiada jalan lain ke syurga melainkan berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Maruah umat Islam perlu dikembalikan dengan sama-sama berjuang memartabatkan ekonomi ummah.

INILAH LIKU-LIKU SEORANG PEMIMPIN HPA ; USTAZ ZAHIR.....TAHNIAH!...
KAK PAH : SRIKANDI HPA
DI UTARA.



Sejarah tidak pernah padam. Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku pasti akan terakam dan menjadi nostalgia yang sukar dilupakan dalam meniti kehidupan. Tidak ramai yang mahu mengingati sejarah lampau jika sejarah itu menjadi titik hitam dalam sesebuah kehidupan.

Namun ramai juga yang menjadikan sejarah lampau sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Inilah yang berlaku kepada sebahagian Pengarah Jati Setia (PJS) HPA yang berjaya dalam perjuangan menegakkan ekonomi ummah dan memartabahkan produk makanan ‘halalan toyyiba’. Perjalanan yang jauh beribu batu pastinya bermula dengan langkah yang pertama. Itulah hakikat perjalanan yang dipegang oleh PJS Sharifah Sulaiman, terkenal dengan panggilan Kak Pah.





Nama Kak Pah sudah tidak asing lagi kepada pengedar dan pemimpin-pemimpin HPA terutama di zon utara. Termasyhur kerana sifat keibuan dan kehebatan yang Allah SWT anugerahkan kepadanya dalam bidang perawatan. Pakar dalam mendiagnosis penyakit melalui rawatan tapak tangan ini menjadi tempat rujukan kepada hampir semua pengedar dan pemimpin di utara, khususnya dalam perawatan holistik. Juga menjadi tempat mengadu dalam semua hal berkaitan dengan perniagaan HPA.

Memulakan penglibatan sebagai ahli berdaftar HPA sekitar 1997. Ketika itu HPA baru sahaja melancarkan perniagaan secara MLM. Bagi suri rumah sepenuh masa, tidak ada apa yang hendak dibanggakan sangat. Isteri kepada suami yang bertugas sebagai guru ini pada peringkat awalnya bersama HPA hanyalah sekadar mencuba nasib untuk mengenali dan memahami perjuangan syarikat MLM milik bumiputera Islam. Mana tidaknya, pada zaman itu syarikat perniagaan MLM tumbuh bagaikan cendawan. Masih terbayang di kotak fikirannya akan kehebatan Smartlife, Zhulian, Nona Roguy, GanoExel, Luxor, DXN, Direct Circle, Revell, Romel, Shaklee, CNI dan macam-macam lagi. Persaingannya cukup hebat. Ramai pengedar dan anggota yang bersama dengan syarikat-syarikat tersebut adalah sahabat-sahabat sebangsa dan seagama dengan kita. Ramai yang berjaya dan menjadi kaya, tapi sayangnya kebanyakan mereka bukannya dari rakan yang sebangsa dan seagama dengan kita. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari.




Bersama sahabat setia, PJS Norma Zainol

Inilah antara faktor awal yang mendorong Kak Pah bersama HPA. Satu-satunya syarikat bumiputera Islam, mengeluarkan produk halal dan mengenengahkan sistem perniagaan MLM secara Islamik. Biar pun ramai rakan dan sahabat pada ketika itu memandang rendah dan lekeh kepada HPA dan mengganggap HPA pastinya tidak akan bertahan lama kerana ia milik Melayu, namun di sudut hati kecil Kak Pah berbisik “Inilah syarikat dan bentuk perniagaan yang ku cari selama ini”. Wadah perjuangan ini sudah bermula kerana serasi dan terpaut pada jiwa. Cara tutur bicara dan hati mulia Pengarah Urusan dalam melagang dan mencanang perniagaan ini sedikit sebanyak menyentuh hati sanubari Kak Pah. Dalam kepayahan dan serba kekurangan inilah HPA bergerak. Biar pun ada yang memandangnya dengan sebelah mata, tetapi Kak Pah tetap melihat HPA mempunyai kekuatan tersendiri. Jika perniagaan ini atas dasar Allah dan Rasul, mengapa tidak kita jadikannya sebagai peluang untuk beribadat dengan berjuang bersamanya.



Menerima anugerah KONVEK 2006


Inilah hakikat sebenar di hati kecil PJS Sharifah Sulaiman setelah menerima suntikan luar biasa yang disampaikan oleh Pengarah Urusan dalam setiap ceramah dan kuliah-kuliah perawatan HPA yang diadakan pada waktu itu.




Hasilnya Kak Pah telah tanamkan azam yang kuat untuk cuba meletakkan HPA di persada paling tinggi dalam perniagaan MLM di negara kita. Bermula dari detik itulah Kak Pah memulakan langkah perjuangan ini bersama suami tercinta, PJS Suberi Murad. Mereka merantau ke seluruh pelusuk kampung, surau-surau, dewan-dewan masjid dan balai raya, dewan orang ramai, hotel-hotel, ruang-ruang ekspo, tapak-tapak pesta, kedai-kedai kopi dan berbagai-bagai lagi lokasi untuk mengadakan “home party”, demo dan ceramah-ceramah umum berkaitan HPA.
Pada masa itu saingan dengan MLM lain menjadikan persediaan dan persiapan rapi diperlukan kepada setiap pemimpin. Kak Pah pernah diuji dengan beberapa soalan oleh pemimpin-pemimpin daripada syarikat MLM lain yang menyusup masuk ke dalam majlis anjuran HPA. Tujuan soalan diajukan semata-mata untuk mengganggu majlis dengan niat untuk menguji akan sejauh manakah kehebatan pemimpin-pemimpin HPA. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT semua itu dapat diatasi dengan mudah dan keyakinan kepada HPA makin bertambah.



Berniaga tanpa ilmu barangkali akan mati tanpa pengakhiran. Dengan ilmu pastinya perniagaan ini akan hidup selama-selamanya walaupun kita telah tiada. Atas dasar iman dan taqwa kepada Allah SWT, Kak Pah mengorak langkah mendalami ilmu perawatan bersama Pengarah Urusan melalui kuliah-kuliah INTIBAH. Hasilnya setelah hampir 3 tahun belajar dan mendalami ilmu tersebut, Kak Pah berupaya mengaplikasikannya dengan menjadikan rumahnya di Taman Arked Sungai Petani sebagai Pusat Perawatan HPA. Dalam masa yang sama beliau memohon untuk menjadi Pengurus Stokis Daerah. Ramai pengedar baru dan lama serta pemimpin-pemimpin hadir ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan, paling ramai pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).
Sejak dibuka dari jam 10.00 pagi, orang ramai datang berpusu-pusu hingga ke malam. Melalui perawatan sebegini, Kak Pah mendapati rupa-rupanya ramai insan yang sakit dan memerlukan bantuan. Kepada pesakit, Kak Pah selalu sebut, “Setiap penyakit ada penawarnya, kita berusaha dan Allah SWT yang akan menyembuhkannya”. Kata-kata itu sudah cukup ‘melegakan’ pesakit. Bisikan iman dan Islam ke dalam hati sanubari pesakit mampu menjadi suatu penawar yang luar biasa biasa. Inilah kehebatan perawatan (ilahiah dan alamiah) dalam HPA yang diamalkan dan dipraktikkan oleh PJS Sharifah Sulaiman.
Ditanya akan pengalaman manisnya, Kak Pah hampir menitiskan air mata apabila buat kali pertama dengan hasil titik peluh bersama HPA beliau dapat menjejakkan kaki ke Baitullah dan melihat sendiri Ka’bah. Boleh dikatakan setiap tahun Kak Pah sekeluarga akan berkunjung ke Makkah al-Mukarramah untuk mengunjungi Baitullah. Padanya tidak ada lagi tempat yang paling indah, menarik dan menyeronokkan melainkan di Tanah Suci Makkah.
Saat paling pahit bagi Kak Pah ialah sekitar tahun 2002, apabila sebahagian pemimpin HPA keluar meninggalkan perjuangan ini. Mereka tinggalkan HPA dengan kata nista dan sumpah seranah. Maki hamun dan menabur fitnah durjana di merata-rata empat kerana ia sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Sebelum itu, mereka adalah pemimpin yang menjadi idola kepada pengedar-pengedar di bawah dalam memperjuang HPA. Bonus mereka agak tinggi juga. Tapi jiwa dan hati mereka amat kerdil dan halus. Orang-orang yang rakus dan tamak ini keluar beramai-ramai meninggalkan HPA. Dari luar HPA, mereka melemparkan berbagai kata kesat dengan tujuan untuk memusnahkan HPA, Pengarah Urusan dan juga pemimpin-pemimpin yang tinggal pada waktu itu. Kak Pah tetap mempertahankan HPA bersama pemimpin-pemimpin yang masih bersama pada waktu itu.
Pemimpin-pemimpin ini adalah orang-orang yang setia dan kental dalam menghadapi serta melawan rangkaian fitnah dan sumpah seranah ini. Merekalah benteng pertahanan yang kuat di utara menangkis segala serangan yang datang bertubi-tubi. PJS Sharifah Sulaiman, PJS Azizan Ahmad, PJS Zaharah Md Zain, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Mohd Zahir Ghazali, PJS Md Khatid Hussain dan PJS Razak Hussain antara nama-nama hebat di utara yang bertungkus lumus dalam perjuangan ini khususnya di utara bagi memastikan HPA kembali di tempatnya yang asal.

Kak Pah menghadapi semua ujian dan dugaan itu bersama teman-teman PJS ini dengan penuh kepayahan dan keperitan. Hanya kesetiaan dan istiqamah sahaja yang menjadi tunjang kepada kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Pedih dan sakit umpama sembilu menikam hati apabila menerima fitnah dari segelintir insan yang hanya nampak pada habuan dunia semata-mata. Mereka tidak memahami erti perjuangan. Bagi mereka wang adalah segala-galanya.
Kini segala-galanya telah berlalu. PJS Sharifah Sulaiman tetap bersyukur kerana masih bersama teman-teman seperjuangan yang masih setia sejak dari dahulu. Kak Pah telah dapat menghidu dan menghirup keharumannya setelah hampir 11 tahun bersama HPA. Rezeki yang barokah melalui perniagaan ini telah dimanfaatkannya untuk memiliki kenderaan dan rumah yang selesa. Dengan pendapatan 5 angka seulan dan menduduki ranking ke-2 negara , terbukti baginya bahawa perniagaan HPA bukanlah gimik semata-mata, tetapi jelas untuk mereka yang cinta dan bercita-cita membangunkan sunnah Rasulullah SAW. Bidang perawatan menjadi satu laluan mudah untuk memasarkan produk halal ini, di samping membantu orang ramai daripada menggunakan produk syubahah.

Sebagai pemimpin hebat yang namanya menjadi idola kepada pengedar dan pemimpin, khususnya di utara, PJS Sharifah Sulaiman juga telah menerima banyak anugerah daripada HPA. Antaranya :

1. Awal 1998 beliau mendapat anugerah Tokoh Pemimpin Bulanan, Pengurus Stokis Daerah Terbaik dan pakej percutian ke Mesir secara percuma.
2. Pada tahun 2000, beliau mendapat anugerah Tokoh Pemimpin Terbaik.
3. ‘Top 10′ HPA untuk tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.
4. Anugerah Distributor of The Year (DOTY) 2004 dan 2005.
5. Mendapat hadiah 6 tiket penerbangan pelancongan ke Oceania, anugerah kereta Sayvy dan pakej Umrah pada tahun 2007.
Takdir Allah SWT sudah pastinya mengatasi tadbir manusia. Keredhaan Allah SWT hanya akan bersama dengan hamba-hamba yang sentiasa berjuang di jalanNya.
Ends…….

Wednesday, December 23, 2009

KOPI RADIX!....mai secawan!..........


Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) yang dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen. Ia mampu :

1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali

Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.

2. Mata Pelanduk

Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang

Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan

Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan

Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Kandungan:

-Eurycoma longifolia
-Cinnamomum inners
-Ardisia crispa
-Albizzia Myriophylla
-Morinda Eliptica
-Polyalthia Hypoleuca
-Vitex Pubescen
-Kopi

satu kejayaan!


Alhamdulillah....rasa gembira sgt apabila mak ana telah terbuka hatinya untuk menjadi ahli HPA...hehehehe..pujuk punya pujuk dan pujuk lagi di pujuk lagi akhirnya alhamdulillah...semalam tanggal 22 dis 09..mak ana telah setuju utk menjadi ahli hpa...
hari nie 23 dis ana telah menguruskan pendaftaran mak ana dengan mengisi borang ahli dan hantar ke cawangan..huhuhuu..seronok betol bila mak dah masuh hpa..rasa kekuatan tu ada utk ana berjaya...insyaALLAH...kepada kawan2 di luar sana...anda bila lagi....cepat2 la daftar yea..:)

Tuesday, December 22, 2009

jom sertai HPA sekarang!

ASSALAMU'ALAIKUM sahabat-sahabat sekalian...sihat ke? kalau rase-rase mcm x sihat minum lah kopi radix..hehehe.insyaALLAH ada penawar...klu nak tahu lebih lanjut jom daftar HPA!...






Senarai barang dalam Kit Niaga.

1. Fail Kit Niaga.
2. Borang Permohonan.
3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 2 minggu)
4. Pelan Pemasaran.
5. Senarai harga produk.(kini terdapat 261 produk pelbagai jenis)
6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.
7. Sijil-sijil.

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

-Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)
-Kit ini boleh dibeli melalui pengedar-pengedar HPA,Cawangan HPA, Stokis HPA.
-Katalog berjilid.
-Perniagaan ini boleh diwarisi.
-Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
-Diskaun harga untuk semua produk dari 20% – 25%.
-Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
-Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.
-Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.
-Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.
-Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim.n

Jika ada pertanyaan boleh la menghubungi ana segera : 012-4296174

.:: iklan sebentar ::.

. ::JOM BELI::.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

.::usha2 je::.

Pages