.::AHLAN WA SAHLAN::.

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."

( surah al-Baqarah : 168 )

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Friday, March 26, 2010

MAHU TENGOK SAJA KE???!!!...

WAHAI SAHABAT SEPERJUANGAN...SAHABAT SEAGAMA....MAHU KITA BIARKAN INI TERUS BERLAKU???? ISLAM TERUS DIHINA SEBEGINI RUPA???? MARILAH KITA SAMA2 BERGANDING BAHU... SAMA-SAMA LAH KITA MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI ISRAEL LAKNATULLAH... KERANA INI SAHAJA YANG KITA MAMPU SELAIN BERDOA.....MARILAH SAHABAT2 KU SEKALIAN......

NA'UZUBILLAH


Dikhabarkan monumen yg terdapat di suatu pameran 'seni' di Sepanyol... memang kurang ajar...

Thursday, March 25, 2010

PELANCARAN MELAKA HALAL HUB DAN KONSERT HPA RAIHAN

Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan

Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam. Tetamu Kehormat :

1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
2. YB Ir. Hj. Ismail bin Othman
3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.

Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita…

Sekian dimaklumkan…

BERITA RINGKAS DARI PENGARAH URUSAN HPA

1.Tawaran terbuka secara sukarela kepada ahli HPA yang mampu untuk mengebarkan bendera HPA di Puncak Gunung Kinabalu. Sijil penghargaan akan di berikan pada hari konvek 2010. InsyaAllah. Mereka yang berminat hendaklah menghubungi en Mahadi(SU Kelab Kembara Radix)

2.Semua produk dalam bentuk kordial, Radix Cookies dan RTD telah mula menggunakan gula perang bukan lagi gula putih. Ini bertujuan untuk menghasilkan produk kesihatan yang bermutu tinggi . Oleh itu terdapat sedikit perubahan harga dipasaran. Kopi radix juga akan menggunakan gula perang pada masa hadapan.

3.Kilang Filter air (Dew Water) di miliki 100% HPA telah mula operasi dan pengeluaran sedang ditingkatkan bagi mencukupi filter air halal dipasaran. Tidak menggunakan tulang haiwan tetapi menggunakan tempurung kelapa dan juga batu-batuan. Terima kasih pada yang sudah membeli. Bersabar kepada yang memesan kerana kilang kita baru sahaja beroperasi.

Friday, March 19, 2010

PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!

Pada 17 September 2007, Pulau Pinang- Negara kita telah digegarkan oleh satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli. Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya.

Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.


KERATAN AKHBAR METRO

BERFIKIR SEBELUM MEMBELI!!!!!!



Lihat keterangan lanjut di bawah

Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.

Alamat premis sebenar yang beroperasi iaitu sebelah kandang ternakan babi :

Lot 1123
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300 Pulau Pinang

Ke alamat baru
No 2736,
Tingkat Selamat 6,
Kampung Selamat,
13300 T.Glugor,
Seberang Prai Utara, Malaysia

KBBI yang berkeluasan 4 hingga 5 hektar ini terletak bersebelahan kandang ternakan babi yang hanya dipisahkan oleh pagar yang tidak seberapa itu mengelirukan para pengguna dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi dan rumi yang tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malahan permohonan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan halal pernah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


Sistem kumbahan yang terletak berdekatan


Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.




Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan babi.

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Logo HALAL sah dari JAKIM
Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Logo HALAL sah dari JAIN/ MAIN


Logo HALAL keluaran Kilang Bihun Beras Indah

Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX tetap berdegil dan terus menipu masyarakat dengan beroperasi semula baru-baru ini walaupun telah diarah untuk menutup kilang pada tahun lepas. Untuk lebih mengelirukan pengguna, kilang tersebut mengeluarkan jenama yang baru sedangkan tapak premis dan bahan-bahan masih lagi yang sama tanpa ada sebarang perubahan.

Jenama-jenama yang baru ialah CAP MASJID, bihun ekonomi CAP NYONYA, CAP KRIS, CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR dan CAP SYAIRIAH. Amat sedih sekali bila KBBI yang memang sah milik penuh orang bukan Islam selalu mengeksploitasikan jenama-jenama berunsurkan keIslaman dan kemelayuan sedangkan KBBI sedikit pun tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi tempat pemprosesan bihun ini betul betul bersebelahan kandang BABI. KBBI bukan sahaja di kunjungi oleh pemborong malahan lalat lalat serta tikus dari jiran sebelah turut rajin memberi kunjungan, bukan itu sahaja terdapat bau bauan didalam kilang bihun tersebut yang kami sedia maklum.










Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI
Sememangnya bihun dibuat dengan menggunakan bahan asas iaitu tepung beras yang halal, tetapi……. Pernahkah kita terfikir apakah bahan sampingan yang digunakan dalam pemprosesan bihun ini? Adakah sumber air yang disalurkan bersih dan suci seperti yang disyariatkan oleh agama Islam?. Jawapannya TIDAK…Pemprosesan bihun ini adalah bertentangan dengan etika halal kerana memproses dengan menggunakan bahan sampingan yang tidak halal. Masakan bersih, kandang babi bersebelahan kilang pemprosesan bihun. Bayangkan sahajalah, air adalah cecair yang mengalir. Bukan sahaja melalui lantai malahan tanah bumi jua air boleh melaluinya. Jikalau sudah bersebelahan, sudah pastinya mereka berkongsi longkang, saluran paip dan sebagainya. Air bawah tanah digunakan pula untuk diproses bagi penjimatan kos. Lagi- lagi tuan kilang bihun dan penternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan. Memang tidak dinafikanlah ia menggunakan sumber air yang tidak suci dan najis dari babi.
Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.

Saluran parit yang tidak terurus
Bayangkanlah situasi ngeri ini. Alangkah lebih baiknya KBBI hanya menghasilkan produk berjenama CAP BABI di bungkusan produk mereka. Bukan apa, ianya menyatakan dengan telus supaya tidak mengaburi pandangan masyarakat muslim amnya.
Atau pun KBBI boleh mencetak dengan jenama CAP H1N1. Ini kerana dunia sekarang digemparkan oleh wabak H1N1 (Influenza A) iaitu selsema babi. Malaysia tak terkecuali. Virus Influenza A ini berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah
secara langsung, berisiko dijangkiti virus daripada haiwan tersebut.Takkanlah sesame jiran malahan bersaudara tak bertegur sapa atau berjabat tangan. Ngeri sungguh dengan situasi tersebut. Lebih cepatlah wabak H1N1 ini merebak.
Tambahan lagi, untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD. Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.


Alamat Setia Jaya Murni Enterprise


Alamat PERNIAGAAN YC ENG

Alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD



Alamat SERBA WANGI SDN BHD


Alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD


GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor


PERNIAGAAN YC ENG di Skudai, Johor Bahru, Johor. (unit tengah)
Alamat PERNIAGAAN YC ENG yang dicetak pada bungkusan bihun ekonomi Cap Nyonya ini terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor . Ia merupakan RUMAH KEDAI 2 TINGKAT dan bukan tempat pemprosesan bihun dan permis tersebut masih kosong. Bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai.
Setelah diselidik, rupanya mereka hanya menukar bungkusan bihun yang lama pada yang baru. Bungkusan jenama terdahulu seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX yang dahulunya telah disita telah ditukar kepada bungkusan yang baru iaitu CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR, CAP SERAMA dan CAP SYAIRIAH. . Sudah tentulah tiada penukaran pada bihun tersebut. Rugilah tuan kilang jika menukar sekali bihunnya. Sudah tentu jua proses yang dilakukan adalah sama. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu untung, tukar sajalah bungkusan. Jual bihun yang sama. Tiada bezanya jika memproses lagi.
Pintar sekali kilang tersebut. Siapakah yang telah memberi idea yang bernas ini? Bagaimana pula barang keluaran terdahulu mereka masih kekal ada?
Untuk pengetahuan pembaca, kilang yang telah disita ini tidak boleh menjalankan perniagaan mereka oleh kerana kawasannya yang bersebelahan kandang babi. Seharusnya mereka tutup dan tidak beroperasi dan jikalau masih mahu menjalankan perniagaan, lakukanlah di kawasan yang bersih dan sesuai untuk pemprosesan bihun.
Risau sahajalah mereka dalam menjalankan perniagaan di tempat baru. Janganlah pula menipu para pengguna lagi.
Lagi perangai pelik dan tak bertanggungjawab KBBI kepada semua pengguna dan pembeli dalam cetakan tempoh tarikh luput. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap produk atau barangan yang berupa makanan yang dihasilkan hanya diberi 2 tahun tempoh tarikh luput dari tarikh produk tersebut dihasilkan. Gila agaknya KBBI dengan sesuka hati meletak tarikh luput sehingga tahun 2015. Kenapa tak dicetak dibungkusan bahawa bihun tersebut boleh dimakan sehingga 100 tahun lagi !!


Tarikh luput pada tahun 2015 iaitu 7 tahun akan datang

Siapakah yang sebenarnya berkuasa dalam menghalang kegiatan licik ini berlaku? Menurut sumber yang dipercayai, Kilang Bihun Beras Indah mempunyai sejarah yang buruk berkenaan kegiatan mereka. Kilang tersebut telah diserbu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang. Pada kali terakhir mereka diserbu adalah pada tahun 2007 dan dipaksa tutup oleh pihak yang berkuasa.
Tetapi apakah yang terjadi sekarang ? Tidak sampai 2 tahun kilang tersebut disita. Mereka dengan penuh azamnya membuka semula malahan melanggar lebih undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Longgar sangatkah undang-undang Negara kita? Dimanakah longgarnya jikalau begitu?Ataupun pihak berkuasa tidak menjalankan tugas memantau. Ataupun ada kisah lain di bawah meja.
Dimanakah etika kemanusiaan masyarakat Negara kita? Janganlah memburukkan nama Negara Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah pengeluar produk halal dalam dan luar Negara.

Gambar JENAMA BARU keluaran KBBI serta KESALAHAN pada bungkusan
CAP MASJID


CAP SYAIRIAH


Jenama ini diedar oleh
Setia Jaya Murni Enterprise
167, Jalan Machang, Kampung Kubang Gali,
17500 Tanah Merah, Kelantan

Cap Masjid yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Setia Jaya Murni Enterprise yang terletak di Tanah Merah, Kelantan walhal bihun ini dibuat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tiada tanda HALAL dan tarikh luput bihun adalah pada 31/12/2015 iaitu tarikh pada 7 tahun akan datang.
Selain itu, mereka tanpa segan silunya meletakkan nama cap Masjid serta lambang surau, bulan dan bintang yang tentunya merupakan lambang-lambang agama Islam pada bungkusan bihun agar menipu mata para pengguna lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hal ini terang-terangan telah mempersendakan agama Islam dan penganutnya.

BIHUN EKONOMI CAP NYONYA







Jenama ini diedar oleh
Perniagaan YC ENG
22, Jalan Emas Putih 2,
Taman Sri Skudai,
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

BIHUN EKONOMI CAP NYONYA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Perniagaan YC ENG yang terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor walhal bihun ini di buat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tanda HALAL yang tidak sah dan tarikh luput bihun adalah pada 31/03/2013 iaitu tarikh pada 5 tahun akan datang.

BIHUN EKONOMI CAP KRIS



Jenama ini diedar oleh
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lot Plo 11,
Jalan Mahsuri 1,
Kawasan Perindustrian Kluang,
6.5km, Jalan Mersing,
86007 Kluang, Johor
BIHUN EKONOMI CAP KRIS yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan seperti mengemukakan alamat palsu serta tarikh luput yang tidak menepati syarat.

CAP LAKSA SILAT


CAP LAKSA KAMPUNG


BIHUN CAP SERAMA


Jenama ini diedar oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
No 1, Jln Kampung Kedundung,
Pokok Sena, Mk. Jabi,
06400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
BIHUN CAP LAKSA SILAT , CAP LAKSA KAMPUNG DAN CAP SERAMA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD yang terletak di Alor Setar, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
CAP KAPAL LAYAR


Jenama ini diedar oleh
SERBA WANGI SDN BHD
Lot 2171,
Jalan Bukit Raya,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.

Dikilangkan oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
BIHUN CAP KAPAL LAYAR yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat SERBA WANGI SDN BHD yang terletak di Pendang, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
BIHUN JATI




Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd.


Pandangan hadapan Kilang Bihun Beras Indah


Kilang Bihun Beras Indah yang tidak indah dan kotor lagi menjijikkan.


Papan tanda GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang bersebelahan kilang

Pandangan sisi 3D GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD


Lagi PENIPUAN…Gambar diatas merupakan GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor. Kawasan yang penuh dengan barang-barang ini bukanlah merupakan kilang pemprosesan Bihun.

Coca-Cola: Pelaburan tidak baik untuk komuniti, kesihatan awam

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25579:coca-cola-pelaburan-tidak-baik-untuk-komuniti-kesihatan-awam-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Wednesday, March 17, 2010

KOPITIAM TAKDA SIJIL HALAL -Boikot-




KUALA LUMPUR 14 Mac – Umat Islam diminta menggunakan kuasa pengguna dengan mengelakkan diri daripada mengunjungi kedai kopi atau kopitiam yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, umat Islam harus sedar ketiadaan sijil halal Jakim akan mendedahkan mereka untuk makan atau minum bahan-bahan yang tidak dapat dipastikan, sama ada ia halal atau sebaliknya.

Katanya, Islam amat menitikberatkan soal makanan kerana daripadanya ia akan membentuk sahsiah, peribadi dan jati diri seseorang.

“Semuanya ini terpulang kepada kesedaran umat Islam sendiri. Dalam soal makanan, kita harus lebih berhati-hati, peka dan prihatin kerana makanan ini yang akhirnya menjadi darah daging kita.

“Ini tidak, tengok sahaja pekerjanya bertudung, ada rupa Melayu sedikit, kita kata kedai itu halal. Belum tentu lagi halalnya,” kata Mashitah kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Seruan Mashitah ini dibuat berikutan sebahagian besar kopitiam di seluruh negara masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media sebelum ini.

Semakan senarai terkini pengesahan sijil halal Jakim di www.halal.gov.my mendapati jumlah kopitiam yang mempunyai sijil halal di negara ini masih kekal dua iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd., dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh memaksa setiap kopitiam mendapatkan sijil halal Jakim kerana ketiadaan undang-undang untuk menguatkuasakannya.

Beliau menjelaskan, setiap permohonan halal mana-mana syarikat yang berasaskan makanan akan diaudit oleh Jakim dari segala segi, antaranya penyediaan makanan, dapur, bahan asas digunakan dan tahap kebersihan.

“Sekiranya ada salah satu elemen tidak mencapai piawaian, permohonan mereka untuk mendapatkan sijil halal terpaksa kita tangguhkan sehinggalah setiap standard yang ditetapkan dipenuhi,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ramuanmaut__8216_profesorgila__8217_/Article

......................................................................................................

Kenapa kopitiam diragui?

Beberapa kopitiam terkenal pernah/selalu diserbu oleh pihak JAKIM, KPDN dan sebagainya kerana menyediakan makanan tidak halal seperti Mee dari luar negara yang tidak halal, ayam yang diambil dari pusat penyembelihan yang tidak mempunyai sijil halal serta tidak mempunyai penyembelih bertauliah dan sebagainya. Pernah masuk TV (960 TV3), Akhbar dan sebagainya.

Kebanyakkanya dimiliki oleh orang yang bukan Islam yang tidak mengetahui sekurang-kurangnya asas Halal dan Haram.

Menipu pelanggan dengan meletakkan logo dan sijil halal yang palsu atau tamat tempoh.

Menggunakan logo dn sijil halal yang tidak diiktiraf kerajaan.

Mempunyai ramuan yang meragukan
Menipu pelanggan dengan meletakkan pekerja bertudung sedangkan makanan yang disediakan meragukan atau tidak mengikut hukum syarak.

Setiap Industri tidak semestinya jujur.

Sijil halal JAKIM hanya berharga RM100 untuk setahun, tetapi betapa ramai industri khususnya industri makanan dan restoran yang tidak mahu memohonya. Adakah mereka menyediakan makanan yang tidak halal?

Tetapi, tidak semua kopitiam yang menyediakan makanan yang diragui kehalalanya, terdapat juga kopitiam-kopitiam yang mempunyai sijil halal JAKIM ataupun yang disediakan oleh mereka yang tahu halal dan haram dalam Islam serta mengamalkanya.




Pernahkah anda melihat Mee ini di kopitiam yang anda makan? atau didalam menu? Bagaimana pula dengan tulisan "Ham" atau "Rum"?




Kalau tiada sijil halal, bagaimanakah kita mengetahui yang segala menu yang disediakan itu halal sedangkan iana meragukan?

We are what we eat!!
Renung-renungkan lah! Makanlah makanan yang Halal lagi Bersih!!

KENAPA CARI YANG LAIN? KOPI RADIX KAN ADE...MAI SECAWAN!....

Monday, March 15, 2010



















sahabat-sahabat ku sekalian...apa sudah jadi sekarang?adakah kita hanya bergantung kepada logo halal?...adakah kita semua boleh mempercayai bahawa setiap produk yang ada logo halal itu semestinya halal?....tidak sahabat-sahabat sekaian,jika dahulu mungkin boleh dipercayai, tetapi sekarang tidak lagi wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian. walaupun terdapat logo halal, kita perlu juga mengkaji dan mengetahui sejauh mana yang dikatakan halal itu.


Sunday, March 7, 2010

KURAFAT DALAM PERUBATAN

Oleh : Ummu Handzolah
http://www.ummuuwaishandzolah.blogspot.com/



Bismillah..

Apa itu khurafat dalam perubatan? Ini berkisar tentang kaedah perubatan dan pengamalan. Satu pengalaman yang agak membuatkan saya serik dengan perubatan moden adalah pengalaman ketika mengandungkan anak pertama. Muhammad Uwais Handzolah.

Ketika kandungan telah melewati 3 bulan. Kata doktor ada jangkitan kuman dalam air kencing masalah yang kerap berlaku kepada ibu mengandung. Ubat yang paling baik kata doktor adalah buah nenas. Hm satu cadangan yang aku suka kerana buah bersifat alamiah. Cuma masalah nya di mesir buah nenas tak lah sebanyak di malaysia.

So, dr telah mencadangkan aku untuk minum air bergas Fayrouz..Kata doktor air ini kurang gas dan byk perasa buah. Memang betul, dan aku mengikut kata doktor. Tapi yg menyedihkan bila ku cek dan kuteliti syarikat Fayrouz adalah salah satu diantara pengeluar arak. Sungguh sedih sebab kudedahkan sikecil pada minuman yg syubhah. Perlukah ku salah kan doktor yang baik hatinya umpama seorang ibu. Jawapan nya TIDAK. Bukan doktor itu yang salah. Tapi aku sendiri sbb kurang penelitian dan doktor pula pakai anggaran..Hm..mmg cukup khurafat kan..Dan minuman itu cukup segar di kalangan anak2 muda dan penduduk tempatan mesir..Ya Allah begitu mudah kita ditipu dan tertipu dengan YAHUDI.


So.. Untuk para doktor dan bakal doktor perbanyakkan lagi pengkajian dan thaqafah jangan menerima semua perkara yang anda pelajar sebagai BENAR dan TULEN. Tapi sentiasa buat pengkajian yang lebih teliti dan mendalam dan selarikan dengan apa yang di tuntut al-quran dan assunnah.

Kita telah lama terpengaruh dan terpedaya dengan pengubatan MODEN yang telah banyak di khurafatkan oleh YAHUDI. Untuk apa dan kenapa ?

Di mesir sahaja ada berjuta jenis ubat untuk satu nama penyakit. Tanpa had dan batasan, dan pharmacy bebas menjual ubatan tanpa sempadan. Hm..macam interenet kan..Kalau untuk satu sakit anda jumpa tiga org doktor yang berbeza anda akan perolehi tiga jenis ubat yang berbeza. Berhati2 dengan ubat yang bakal anda makan baca prescription ubat sebelum menelannya.

PENGALAMAN

Bila sikecil ku handzolah mengalami masalah kembung perut, kami telah membawa dia berjumpa dengan seorang doktor kerajaan yang membuka ruang tambahan masa dirumahnya untuk jiran sekitar. Hanya dengan yuran sepuluh genih untuk sekali pemeriksaan. Doktor nya baik dan nampak jujur orangnya. Pemeriksaan yang teliti dan baik sekali kulihat dilakukan pada sikecil ku. Isterinya turut hadir sekali masa tu. Mungkin seorang jururawat juga teka hatiku. Tapi tak tertanya. Isterinya menerangkan padaku sikecil perlu memakai baju lapis dada dan sehelai baju luar. Walaupun musim itu musim panas. Katanya untuk melindungi dada sikecil. Ku ucapakn berbanyak terima kasih untuk beliau atas nasihat dan penerangannya, maklumlah ibu muda sepertiku memang perlukan tunjuk ajar.

Doktor mencadangkan kepada kami sejenis ubat minum untuk meredakan kembung perut sikecil handzolah. Hari itu juga kami ke bawabah 3 dan beli ubat yang telah doktor cadangkan. Balik rumah aje, aku excited suapkan sikecil mudah-mudahan malam ni sikecil tak meragam lagi, dan dapat tidur lena. Lepas suapkan sikecil, sambil tidurkan dia ku teliti prescription ubat tu. Ya ALLAH...ada tulisan ALCOHOL..apa ni..dengan rasa sakit hati kucampak berdentum ubat tu dalam bakul sampah. Kenapa mesti aku suapkan sikecil ni dengan alcohol lagi. Ya Allah aku benar-benar kesal. Ya Allah ampunkanlah diriku.

PERAWATAN YANG SEBENAR

Ku temui perawatan yang paling baik untuk sikecil yang kembung. Tidak perlu ke klinik, atau ke klinik untuk pastikan sikecil permasalahan sebenar sikecil. Then balik bagilah sikecil satu sudu kecil madu bersama setitik habbatussauda' pasti dapat melegakan segala masalah kembungnya insyaallah. Inilah yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw. dalam kitab tibb nabawi. Cukup sekali ku buat silap aku tidak mahu silap yang berulang.

Kini aku dan abang akan terjun bersama-sama dalam dunia herba bersama HPA (Herba Penawar Al-Wahida) milik Tuan Haji Ismail. Mudahan kami akan diredhai atas jalan ini ameen..ya rabbal a'lameen..
Hasil tulisan Ummu Uwais Handzolah di Rabu, Mac 03, 2010

.:: iklan sebentar ::.

. ::JOM BELI::.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

.::usha2 je::.

Pages