.::AHLAN WA SAHLAN::.

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."

( surah al-Baqarah : 168 )

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Saturday, March 6, 2010

ENAM PRODUK KOSMETIK DIKESAN BERACUN

KUALA LUMPUR - Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan.

:Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.

Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

“Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua pemilik stok menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Di bawah peraturan ini, individu-individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

:Produk-produk tersebut dikilangkan oleh Re-X Products Co. Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd. - Bernama



P/S : SEDARLAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN...GUNA LAH PRODUK-PRODUK YANG HALAL LAGI SUCI....

No comments:

Post a Comment

.:: iklan sebentar ::.

. ::JOM BELI::.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

.::usha2 je::.

Pages