.::AHLAN WA SAHLAN::.

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."

( surah al-Baqarah : 168 )

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Tuesday, September 28, 2010

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

KOTA BAHRU: Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun kita haramkan kerana walaupun ia adalah cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.


"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.


Dialog berkenaan adalah kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.


Tanpa menyebut jumlah animasi yang diharamkan, katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.


"Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan. "Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya," katanya.


Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.


"Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan," katanya.


Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.


"Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya," katanya.


Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.


Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni.-Bernama

Thursday, September 23, 2010

PERASMIAN HPAIC




Tarikh: 2hb Oct 2010

0800 – 1130H: Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS

1430 – 1700H: Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat

HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SUASANA.....INSYAALLAH PAKAT2 MAI NO... ^_^


Sumber : www.hpa.com.my

Tuesday, September 7, 2010

Main Lekat sesuka hati jeee.....



Medan selera papar pelekat logo halal tak sah


2010/09/02

KUALA LUMPUR: Bukan saja menawarkan minuman keras dan juadah lain seperti ayam dan itik yang diragui statusnya, malah beberapa premis dengan selamba memaparkan pelekat logo halal dipercayai tanpa sijil yang tidak diiktiraf.


TANGGAL...pekerja sebuah premis terbabit menanggalkan logo halal selepas diarahkan Jakim, semalam.
Kejadian itu dikesan selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di medan selera sebuah kompleks beli-belah terkemuka dan bertaraf enam bintang di Bukit Bintang, kira-kira jam 3 petang semalam.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan terutama pelancong dari Timur Tengah berhubung status hidangan yang disajikan di medan selera terbabit.


“Hasil siasatan Unit Syariah PPIM, kebanyakan premis makanan di medan selera itu menggunakan sijil halal yang dikeluarkan sebuah syarikat swasta.


“Ini dikesan menerusi penggunaan logo yang tertera dan syarikat terbabit sebahagian daripada enam syarikat yang ditolak Majlis Agama Islam Negeri berhubung kesahihan sijil halal keluarannya,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Pemantauan Dan Penguat Kuasa Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata tiada sebarang permohonan diterima daripada pihak pengurusan medan selera itu berhubung sijil halal.


“Kami akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan sekiranya menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang ingin mendapatkan sijil dan status premis halal.


“Bagaimanapun, hal itu dikesan tidak berlaku di sini dan rata-rata premis yang diperiksa menggunakan logo halal tidak diiktiraf,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Medanselerapaparpelekatlogohalaltaksah/Article

KERANG ATAS DARAH BABI???.....

Kerang atas darah babi

2010/09/07

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.


KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.


Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.


Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.


“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.


“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.


Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.


Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.


Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kerangatasdarahbabi/Article

Wednesday, July 21, 2010

Sasar 10 tahun tawan pasaran


RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menawan pasaran makanan segera di Malaysia.

RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Premis terbaru RFC dibuka di Kubang Kerian, Kelantan akan dirasmikan pada 25 Julai ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, RFC cawangan Perlis di Seriab, Kangar dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad.


Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.


Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).


Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.


“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.


“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).


Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.

Friday, June 11, 2010

myMetro | Campur aduk babi

myMetro | Campur aduk babi

eee!!!... Campur Aduk BABI!...


KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi.


RAMPAS...pegawai KPDNKK dan Jakim merampas produk bebola daging babi terbabit.
Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Campuradukbabi/Article
Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu.

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah.

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah.

“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim.
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim.

“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya.

Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya.

Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim.

“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal.

“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya.

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam.

“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.

.:: iklan sebentar ::.

. ::JOM BELI::.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

.::usha2 je::.

Pages