.::AHLAN WA SAHLAN::.

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."

( surah al-Baqarah : 168 )

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Friday, February 19, 2010

Pendedahan terbaru isu makanan halal

Ini baru kisah di Perak… belum lagi tempat-tempat lain.Makanya berhati-hati bila ke kedai makan kerana rupanya ada macam-macam cara digunakan untuk mengabui mata pihak berkuasa agama mengenai makanan halal.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Yunus Alias Rabu mendedahkan antaranya ialah perbuatan memasukan alkohol sebagai bahan campuran masakan ke dalam botol kicap.
Beliau memberitahu demikian kepada para wartawan semasa perasmian kursus pematuhan sijil halal yang dihadiri 130 pengusaha kilang dan restoran di Ipoh.

Katanya helah lain yang turut dikesan ialah perbuatan membuat salinan sijil asal penyembelihan bagi tujuan menyakinkan orang ramai bahawa seseorang penyembelih itu mendapat tauliah JAIP.

Yunus menasihatkan orang ramai supaya peka dengan sijil halal yang dipamerkan di premis makanan kerana ada sesetengah sijil itu adalah untuk sesuatu produk saja.

"Jika mempunyai sijil premis bermakna semua makanan di situ adalah halal, sebaliknya jika mempunyai sijil sesuatu produk sahaja tidak bermakna semua makanan di premis itu halal," katanya.

Yunus berkata terdapat juga tukang masak yang memberi alasan kononnya dia tidak tahu bahan makanan yang dicampurkan dalam masakan itu tidak halal.

"Semua ini bagi mengelak JAIP menarik balik sijil halal semasa tindakan pemeriksaan mengejut dilakukan," katanya.


dipetik dari :http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_17ed528b-cab36ac9-18fb3970-c4324585

19 februari 2010

5:51 a.m

No comments:

Post a Comment

.:: iklan sebentar ::.

. ::JOM BELI::.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

.::usha2 je::.

Pages