.::AHLAN WA SAHLAN::.

"wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."

( surah al-Baqarah : 168 )

HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

Saturday, April 3, 2010

SAYUR KITAR SEMULA

KUALA LUMPUR: Sayur kitar semula. Itulah dijual puluhan pendatang asing di dua pasar sekitar ibu kota sejak sekian lama.

Apa yang menjijikkan, sayuran berkenaan rosak atau buangan pembekal di pasar borong terbabit dipungut peniaga asing sebelum dijual kepada orang ramai.

Namun, perbuatan keji mereka itu dihidu sekumpulan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum satu operasi bersepadu dilakukan bermula jam 4 pagi semalam di pasar harian Selayang dan pasar Chow Kit.


Difahamkan, kumpulan peniaga asing itu menjalankan perniagaan secara haram menjual sayur-sayuran ‘reja’ dengan harga murah secara terbuka sejak sekian lama dan masih meneruskan kegiatan itu walaupun diserbu beberapa kali.


Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Salim Mansor berkata, seramai 38 peniaga asing diperiksa ketika operasi bersepadu itu dan barangan jualan mereka disita.


Menurut Salim objektif DBKL menjalankan operasi berkenaan bagi membasmi aktiviti peniaga warga asing yang makin ramai di pasar serta membimbangkan sehingga mengganggu peniaga tempatan mencari rezeki.


“Kami menyita barangan jualan mereka seperti buah-buahan dan sayuran kerana mereka menjalankan perniagaan haram serta mendatangkan banyak masalah di pasar terbabit.


“Serbuan dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat daripada orang awam serta peniaga tempatan tidak tahan dengan gelagat peniaga asing berkenaan kerana mendatangkan pelbagai masalah terutama kebersihan kawasan pasar,” katanya.


Dalam pemeriksaan dilakukan di pasar harian Selayang, 16 warga asing diperiksa dan 11 ditahan pihak imigresen kerana tiada dokumen sah, manakala selebihnya dibebaskan berikutan mempunyai dokumen.


Sementara itu, di pasar Chow Kit seramai 22 orang ditahan dan dua daripadanya wanita ditahan imigresen, manakala selebihnya dibebaskan. Semua 33 tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya untuk tindakan lanjut. Operasi bersepadu dengan kekuatan anggota 150 orang itu membabitkan DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta dijalankan sehingga jam 9 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

.:: iklan sebentar ::.

. ::JOM BELI::.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

.::usha2 je::.

Pages